Sunday, 13 January 2013

Himpunan Kebangkitan Rosmah!




Dan bergemalah kembali hujah..
"Mahasiswa kena fokus belajar! dapatkan first class degree dulu, baru lah boleh berpolitik, berjuang demi negara"

Tidakkah kita..

Malu pada Zaid Bin Thabit, beliau masa form 1 dah mintak izin Nabi nak pergi berperang!

Malu pada Usamah Bin Zaid, beliau form 6 dah jadi panglima perang!

Malu pada Sultan Muhammad Al-Fateh, pada usianya 21 tahun sudah memimpin bala tentera dan membebaskan Kota Konstantinople!"








Ramai penyokong UMNO yang bertanya kenapa perlu berhimpun ? kenapa tidak tahu bersyukur? well mungkin jika kita berikan contoh tianamen square atau french revolution... terlampau complex untuk mereka maka kita gunakan contoh UMNO sendiri. 
Mengapakah ketika menentang Malayan Union UMNO pergi ke jalanan membuat rapat umum? apa perlunya rapat umum begitu menyemak je... tulislah surat bantahan sahaja pada kerajaan british. Mengapa UMNO menentang british?sedangkan british adalah kerajaan yang sah ketika itu, walaupun tidak dipilih rakyat tapi diberikan kuasa secara sah dari sultan2 melayu melalui perjanjian. Mengapa orang UMNO tidak bersyukur dengan british? british juga membina sekolah jalanraya hospital dan lain2. British memberikan kerja pada orang melayu hingga tertubuh nya MCS ... mengapa org umno yg berkerja dgn british ketika itu menentang british? kerja dgn kerajaan tapi tentang kerajaan? tak malukah orang UMNO ketika itu??- Malaysian Gags
Paling kelakar apabila ada yang bising pasal bawak anak2 ke himpunan ni,kenapa?himpunan sejuta beliapun bawak anak kecil juga,Jomeheboh boleh pulak seret budak-budak pergi....tak kecoh pun tujuan sama je nak memancing hati rakyat....siap ada konsert lagi. bergaul lelaki perempuan,melompat-lompat terkinja-kinja berpesta bagai...ada UMNO kisah??bagai menepuk air di dulang!


Lama aku tak tegok Buletin Utama TV3,semalam bila ramai yang share video bertita tv3 pasal memfitnah Himpunan Kebangkitan Rakyat ops silap,Himpunana Kebangkitan Rosmah ni,sebab digelar perhimpunan shamsidar,masalahnya aku sendiri pun tak kenal siapa samsidar,punya la nak menipu,lepas tu bangkitkan isu bawak anak2 ke perhimpunan tu,rasa dah teruk sangat fitnah yang dimainkan kerajaan.


Aku balik malaysia 3bulan lebih hari tu,hanya 2 kali aku tengok buletin tv3 tu,asal bukak je lebih setengah jam menghentam negeri2 pakatan rakyat,negeri2 UMNO ni seolah2 perfect sangat tak ada masalah,baki 20 minit baru isu2 lain dalam negara,sukan luar dan dalam negara,muak dan menyampah ok tegok berita tv3,rakyat sekarang tak bodoh untuk cari sumber yang lebih telus,makin lama makin menyampah aku dengan Baziran Nasional ni,selagi mana kamu boleh mengkeldaikan media untuk menipu dan memfitnah teruskan! yang pastinya sekarang ramai yang dan buka mata dan tak mudah diperbodohkan!
Kalau tadi berita tv,ni dari akhbar pulak,Berita pasal benda yang sama tapi laporan yang berbeza,pandai-pandai la fikir
  
ok kalau nak tau semalam pon ada perhimpunan bersama PM kita Rosmah Mansur,eh silap Najib Razak di semenyih,siap dapat beras dan tepung lagi,rugi je pergi himpunan kebangkitan rakyat tu ,bukan dapat pape pun :P
 


Perhimpunan Kebangkitan Rakyat diharamkan bawak kanak-kanak,manakala perhimpunan Najib diharuskan bawak kanak-kanak ye tuan-tuan dan puan-puan...

perhimpunan bersama PM di semenyih

Tuesday, 1 January 2013

Golongan makhluk dalam fb yang aku cukup menyampah !

iaitu golongan 'sangka baik'...

contohnya:

apabila seorang wanita murtad meletakkan gambar seksinya dan mencaci agama islam di dinding fb,lalu dia ditegur oleh sekumpulan makhluk pahlawan keyboard A yang alim meow meow lalu ada sekumpulan lagi makhluk pahlawan keyboard B yang membidas:

"islam mengajar kita bersangka baik......"

"sangka baik lah wei....kita tak tau apa masalah dia...."

"sangka baik je,mungkin dia jahil ttg ni...."

"korang ni asyik nak nyibuk tepi kain org je kan???tak boleh ke sangka baik???"

"korang jgn nak sibuk2 la,biar la nak pakai baju ke,tak nak pakai ke,apa msalah korang?berlagak alim knon,kan islam ajar kita sangka baik?"

pale hotak mu "sangka baik" ! ! !

1) islam anjurkan sangka baik

2) tapi islam haramkan redha(tenang) dengan maksiat

3) islam wajibkan kita cegah kemungkaran dengan kuasa,kalau tak mampu dengan lidah/tulisan,kalau tak mampu,paling lemah sekali dengan MEMBENCI dosa tu,bukannya BERSANGKA BAIK.

4) islam ajar kita MEMBENCI DOSA bukan MEMBENCI PELAKU DOSA.

5) islam ajar kita BERSANGKA BAIK dengan ahli maksiat dalam konteks '' MUDAH-MUDAHAN DIA DAPAT PETUNJUK SEBELUM DIA MATI DAN JADI LEBIH BAIK " bukannya BERSANGKA BAIK ATAS DOSA YANG DILAKUKAN KERANA ITU TERMASUK DALAM KATEGORI REDHA KEPADA MAKSIAT.redha kepada maksiat itu haram dan nabi kategorikan golongan ini sebagai langsung tak ada iman.

6)tidak menjaga tepi kain orang dalam konteks KEMUNGKARAN YANG TERBUKA itu tiada dalam islam,islam wajibkan kita jaga tepi,depan,belakang,atas,bawah kain orang jika orang itu melakukan maksiat secara terbuka kerana mereka mencabar ketuhanan ALLAH !

7) jangan menyibuk hal orang itu memang wujud dalam islam,tapi bilamana maksiat dilakukan secara public seperti pamerkan gambar seksi seksa seksu,maka itu telah jadi tanggungjawab semua muslim untuk menyibuk hal itu kerana untuk elakkan azab allah secara terbuka,jadi ahli maksiat ditegur bukan sebab kita kemaruk sangat nak sibuk hal dia,tapi kita sibuk sebab kita takut azab datang kerana maksiat secara umum akan menarik azab secara umum.



Oleh :Ibnu Batoota

# seorang syeikh pernah berkata ketika sy menuntut ilmu dengan beliau,sekiranya di satu kampung ada ramai orang soleh,tapi ada segelintir yang melakukan kemungkaran,tetapi tiada teguran dari orang2 soleh tersebut,maka nantilah murka dan bala dari Allah kepada semua penduduk di situ.

kalau soal ibadah kita boleh bersangka baik..kalo soal akidah kita kena lawan..kalau tak boleh lawan cukup skadar membenci,bkn dgn bersangka baik.. :)