Tuesday, 17 August 2010

Adakah Malaysia Menuju Kearah Bala Yang Serupa?


Adakah Malaysia Menuju Kearah Bala Yang Serupa? ... sangat menginsafkan


"Assalamualaikum,

Saudara-saudari Islam, berikut adalah ucapan saorang pelajar Islam, Najeeb Rahman dimajlis “Charity Lunch For Maluku” di University of Leeds. Majlis tersebut di anjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia University of Leeds (Saudara Taufik dan beberapa mahasiswa perubatan) Bacalah. Agak sedikit panjang tapi sangat menyentuh hati.


Assalamua'laikum warahmatullah,

Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam semesta ini, Sejahtera keatas Rasulullah SAW dan Nabi-Nabi serta Rasul-Rasul, keluarga mereka, sahabat-sahabat mereka, dan kita semua yang hadir.

Baru-baru ini pembunuhan dan penyembelihan umat Islam secara rambang (massacres) telah berlaku di Maluku dan Ambon Indonesia. Gambar-gambar foto yang mengerikan, gambar mayat kanak-kanak Islam yang dicincang serta orang-orang Islam yang dibunuh beramai-ramai (massacre) boleh dilihat di internet. Lapuran bergambar yang dilakukan oleh Dr Jemilah mengenai pembunuhan-pembunuh an tersebut apabila difikirkan boleh membuat kita menitiskan air mata. Dan kesemuanya ini benar-benar telah berlaku dan bukannya imaginasi sesaorang.

Saudara-saudari Muslim ku, sebenarnya, ini bukan insiden kekejaman keatas kaum Muslimin yang terpencil. Trajedi-trajedi atau bala yang serupa pernah berlaku di Bosnia dimana ratusan ribu orang-orang Islam dibunuh dalam kekejaman “cuci berseh” ( ethnic cleansing) oleh puak Kristian Serbs. Sama juga di Kosova dimana puluhan ribu orang-orang Islam juga telah ‘dicuci berseh”, dibunuh; juga oleh puak Serbs. Kanak-kanak dan kaum tua yang tiada berupaya untuk mempertahankan diri di bunuh begitu saja.

Wanita-wanita Islam dirogol dan seterusnya dibunuh. Orang-orang Islam dipenggal dan dikelah anggota mereka. Ceritanya sama, berulang-ulang kali.

Mengapa kekejaman ini terus menimpa umat Islam di merata dunia? Kita boleh persalahkan kekejaman ini kepada konspirasi antarabangsa terhadap Indonesia, atau rancangan jahat Barat terhadap kaum Muslimin, atau pun sebagai tindakan kebencian Yahudi dan Kristian terhadap kita, atau pun operasi cuci berseh puak Kristian Serbs. Tetapi adakah hanya ini

SEBAB MUSABAB YANG SEBENARNYA?

...dari pengalaman saya sebagai Sukarelawan Perubatan di Kosova, saya dengan sendirinya telah melihat kubur - kubur tanaman beramai (mass graves) orang-orang Islam yang dibunuh, mayat - mayat yang sedang reput dan busuk, keluarga - keluarga terutamanya kanak - kanak yang dalam ketakutan, rumah - rumah dan masjid - masjid yang telah hancur musnah. Ia sememangnya suatu pengalaman yangmenakjubkan dan memberikan tamparan yang kuat terhadap hakikat yang sukar ditelan ini. Dengan izin Allah SWT saya telah berpeluang tinggal bersama-sama suatu keluarga yang baik di Prizren, Kosova. Ketua keluarga itu ialah Imam Ismail dan anak sulungnya bernama Navahi. Kedua mereka merupakan imam, begitu juga dengan datuk Navahi, juga saorang imam. Mereka sangat mesra dan baik hati. Suatu petang kami telah berbual mengenai bala dan trajedi yang telah menimpa Kosovo, bagaimana masyarakat Kosova sebelum ditimpa bala pembunuhan massacre itu.

Navahi yang fasih berbahasa Inggeris telah menceritakan dengan penuh rasa segan dan malu mengenai keadaan masyarakat Islam Kosova sebelum berlakunya ethnic cleansing oleh puak Kristian Serbs terhadap masyarakat Islam. Antara perkara yang beliau sebutkan adalah kaum Muslimin di Kosova telah lupa daratan dan membelakangkan ajaran dan hukum-hukum Islam. Ramai di antara generasi baru yang tidak tahu sembahyang, tidak reti membaca al-Quran, telah lupa sebutan 2 kalimah syahadah, berzina, serta mengambil alcohol di merata pelusuk tanah Kosovo. Hanya kaum tua sahaja yang masih ke masjid.

Di sebuah bandar kecil bernama Djakova, dimana berlaku pembunuhan massacre kaum Muslimin yang paling dasyati, penduduk Islam disana telah berlaku syirik terhadap Allah SWT. Mereka menyembah kubur-kubur. Mereka memasang lilin (seperti apa yang umat Kristian lakukan dalam gereja) dan menyembah kubur-kubur orang-orang alim (saints) yang dianggap keramat. Mereka mendakwa yang mereka bukannya menyembah 'keramat-keramat' tersebut tetapi menghampiri Allah melaluinya. Ini adalah kepercayaan mereka yang nyata sesat daripada ajaran Islam. Tidak ada, dan tidak dibenarkan sama sekali terdapatnya inter-mediariesi atau perantaraan dalam Islam. Ini nyata sejenis daripada perbuatan syirik. Imam Ismail adalah Imam di masjid Djakova sebelum berlakunya genosid pembunuhan orang-orang Islam beramai-ramai di bandar itu oleh puak Kristian Serbs.

Di bandar Suhareka, lagi satu bandar di mana pembunuhan secara massacre dilakukan keatas orang Islam, penduduk bandar tersebut telah mengesa Bilal masjid supaya jangan melaungkan azan untuk memanggil orang mengerjakan solat. Ini kerana azan mengganggu tidur mereka. (Saya percaya memang ada di kalangan ummah kita di Malaysia yang sama menaruh perasaan benci dengan laungan azan, atau ada yang akan memekakkan telinga dan mengabaikan terus seruan bersolat. Ada yang langsung tidak bangun mengerjakan fardhu Subuh).

Di satu lagi bandar di Kosova, seramai 40 orang Islam (lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang-orang tua) telah dibawa ke dalam hutan dan diikat. Mereka kemudiannya ditembak mati oleh puak Kristian Serbs dengan senjata AK47. Di bandar ini hanya golongan tua sahaja yang ke masjid. Semasa kami mengadakan lawatan rawatan perubatan ke sana kami telah tiba sejurus sebelum masuk waktu Maghrib. Pemuda-pemuda disana memberitahu kami hanya orang tua sahaja ke masjid. Benar kata mereka kerana apabila kami sampai ke masjid hanya ada seroang Imam dan saorang lelaki tua serta rombongan perubatan kami yang bersolat di masjid tersebut. Semasa kami sedang mengedarkan al-Quran, saorang pemuda yang mulutnya berbau arak bir meminta senaskah al-Quran untuk dibakar buat memanaskan rumah beliau (Bandar tersebut dikelilingi hutan. Oleh demikian tidak mungkin tiada cukup bekalan kayu untuk bahan api buat memanaskan rumah. Ini nyata kesesatan yang nyata biarpun zahirnya nama mereka adalah Islam dan bergelar pula umat Islam.).

Setelah rombongan lawatan kami berkunjung ke kawasan di serata Kosova, kami sempat melihat sendiri kebanyakan pembunuhan serta kemusnahan harta benda kaum Muslimin berlaku di kawasan utara Kosova dimana masjid-masjid jarang kelihatan walau pun majoriti penduduk terdiri dari orang Islam.

Bukan niat saya hendak menjatuhkan air muka saudara sesama Islam kita di Kosova, tetapi paparan ini bertujuan untuk mengingatkan kita semua kepada pengajaran dan iktibar di sebalik insiden hitam di Kosova agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama. Saorang lelaki tua yang kami temui, yang anak lelakinya telah dibunuh dan rumahnya dibakar, telah meminta kami memberitahu umat Islam yang lain apa yang sebenarnya telah berlaku. Oleh itu saya hanya melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh orang tua itu.

Navahi juga memberitahu kami mengenai polisi dan suasana di Turkey. Datuk beliau kerap berkunjung ke Turkey kerana datuknya mempunyai ramai rakan kenalan disana. Turkey bukannya sebuah negara Islam yang sebenarnya walaupun negara tersebut memang menonjolkan imej sedemikian. Turkey diperintah oleh golongan sekular yang ekstremis dengan fahaman bahawa agama Islam tiada kena mengena langsung dengan pemerintahan negara walaupun pemimpinnya beragama Islam. Ini sudah merupakan pegangan ideologi kebanyakan orang-orang Islam moden masa kini. Mereka mendakwa hukum hukum
Islam dan politik itu memang 2 perkara yang berasingan dan tidak boleh dicampur-adukkan. Golongan sekular Turkey pernah berkata urusan pentadbiran negara hendaklah jangan dicemari oleh ajaran Islam ( saolah-olah politik itu suci dan Islam itu kotor ). Mereka mendakwa Islam itu perlu disekat amalannya kepada masjid dan rumah-rumah individu sesebuah keluarga sahaja, dan tidak dibenarkan sama sekali dipraktiskan semasa persidangan Parlimen, mahkamah dan sebagainya. Pemerintah sekular Turkey menganggap hukum-hukum Syariah itu kuno dan purba, sesuai hanya bagi puak-puak Arab zaman purba yang hidup di gurun dan menunggang unta. Bagi golongan sekular Turkey, undang-undang Syariah tidak lagi sesuai bagi masyarakat bertamadun yang serba moden masakini, iaitu pada zaman yang mana jalanrayanya dibanjiri kereta, rumah yang lengkap dengan komputer dan internet; pro-kebebasan dan hak asasi manusia. Hukuman rejam ke atas penzina dan potong tangan bagi yang mencuri dianggap oleh puak sekular Turkey sebagai kejam dan tindakan orang-orang yang tidak bertamadun, dan dengan demikian tidak lagi sesuai dilaksanakan. (Tidak terlintasah kepada mereka, ini telah menolak hukum Allah dan boleh dianggap murtad? Kenapa kita tidak melihat ini sebagai pencegahan yang lebih berkesan daripada hukuman semata mata?). Wanita di Turkey dilarang berhijab/bertudung menutup aurat. (Seperti Singapura). Usaha untuk mempelajari agama Islam dijadikan perkara yang cukup susah oleh kerajaan Turkey. Pihak berkuasa yang sangat menindas Islam adalah tentera Turkey. Navahi mengatakan anggota tentera yang ditangkap mengerjakan solat dikenakan court marshal. (suatu kesalahan mengikut peraturan tentera Turkey untuk mengerjakan solat).

Saya menerima sebuah e-mail beberapa hari sebelum berlaku gempa bumi yang dahsyat di Turkey baru-baru ini. Sebelum berlaku gempa bumi tersebut, pihak Jeneral-Jeneral tentera Turkey telah mengadakan temasya keraian (party) di apartmen peranginan mereka di pantai Mediterranean. Mereka mengundang perempuan jalang dari Israel dan telah bersukaria sakan, meminum arak dan berzina. Seterusnya Jenera-Jeneral tersebut telah memanggil seorang anggota pangkat bawahan untuk membaca Al-Quran dalam keadaan bersukaria, mabuk dan berzina itu. Anggota pangkat bawahan enggan dan takut berbuat demikian, lalu saorang Jeneral merampas Al-Quran itu dan memijak-mijak Al-Quran itu sambil mencabar 'Mana dia Allah untuk selamatkan Quran ini?' Mereka semua ketawa terbahak-bahak. Anggota tentera pangkat bawahan telah melihat suatu cahaya berwarna merah samar memancar di horizon laut. Beliau ketakutan lalu melarikan diri keluar dari apartmen Jeneral-Jeneral itu. Sejurus kemudian satu ombak yang begitu tinggi melanda pantai dan menelan apartmen dengan Jeneral-Jeneral Turkey tersebut sekali ditelan ke dalam laut. Yang berlaku sebijik semacam salah satu bala balasan Allah yang difirmankan di dalam Al-Quran. Wallahu'alam. (Kisah umat Nabi Luth yang diterbalikkan ke dasar laut kerana enggan meninggalkan perlakuan homoseksual seperti yang disarankan oleh Nabi.)

Di Palestine, saya diberitahu oleh seorang rakyat di sana bahawa seorang Yahudi pernah berkata kepada saorang Arab, 'Kami Yahudi tidak takut dan gentar selagi kami tidak melihat bilangan kaum Muslimin yang menunaikan solat fajar berjemaah di masjid sama dengan bilangan kaum Muslimin yang menetap di dalam qariah.' (Satu statement yang wajar ditenungkan sedalam dalamnya.)

Di Bosnia, kebanyakan orang Islam telah membelakangkan agama mereka sebelum berlakunya pembunuhan massacre disana. Mereka telah meniru cara hidup Eropah kafir. Zina, pengambilan alcohol begitu berleluasa, dan perkahwinan antara Kristian dan Islam (secara murtad) dibenarkan. Orang Islam yang menjaga keimanan mereka terlalu sedikit bilangan mereka berbanding dengan bilangan yang memilih hidup dalam keadaan kejahilan moden dan kesesatan.

Saudara Islam, ini hanyalah contoh-contoh kemungkaran dan keingkaran. Sekali lagi ditegaskan bukan niat saya mengaibkan mereka, tetapi suatu iktibar perlu diambil. Saya pasti sudah jelas bagi anda semua SEBAB SEBENAR berlakunya bala bencana dan trajedi yang dahsyat tersebut. Seperti firman Allah SWT didalam Al-Quran : (Terjemahan) : Janganlah kamu jadikan seruan Rasul di antara kamu seperti panggilan sebahagian kamu kepada sebahagian yang lain. Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang beransur-ansur pergi di antara kamu dengan berlindung (kepada kawannya), maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa ujian atau ditimpa azab yang pedih.(Surah An Nuur Ayat 63).

Dan didalam satu lagi ayat Allah berfirman (terjemahan) Maka tatkala mereka membuat Kami murka, Kami menghukum mereka lalu kami tenggelamkan mereka semuanya (di laut). (Surah Az Zukhruf Ayat 55)

Amaran-amaran didalam Al-Quran itu sangat jelas. Dan Allah SWT tetap tidak akan mungkir kepada janjiNya. Bukankah mereka ini (Bosnia, Kosovo, Turkey) telah memilih untuk tidak mematuhi perintah Allah dan RasulNya? Bukankah mereka telah mencabar Allah SWT? Adalah perkara mudah bagi Allah SWT menimpakan azab keatas kita atau mengadakan dugaan kepada kita kerana Allah Maha Berkuasa atas segalanya. Bala dari Allah SWT itu kalau tidak dalam bentuk pembunuhan, Allah SWT boleh turunkan bala itu sebagai wabak seperti penyakit, ribut taufan, gempa bumi dan banjir yang dahsyat seperti yang telah difirmankanNya didalam Al-Quran.

Jangan pula kita mempersoalkan sifat Allah SWT yang maha pengasih, maha pengampun lagi maha adil kerana telah mengizinkan berlakunya pembunuhan massacre keatas orang-orang Islam dan kanak-kanak itu. Rahmat Allah SWT tetap wujud walau pun kita tidak dapat mengamatinya. Mithalnya, sesetengah yang dibunuh itu mungkin orang Islam yang lemah keimanan mereka, dan mungkin telah melakukan banyak dosa dan sekiranya mereka mati dalam keadaan bukan mati syahid, sudah pasti tempat bagi mereka adalah api neraka. Allahu'alam. Dan kanak-kanak yang terbunuh itu sebenarnya terselamat dari alam sekeliling yang berupa jahiliyah moden yang boleh merosakkan mereka dan mungkin apabila mereka dewasa kelak, mereka akan menjadi murtad atau berlaku syirik atau lebih teruk lagi hidup bergelumang dengan dosa. Tetapi Allah SWT telah mengambil mereka kembali dari dunia pada waktu mereka kecil lagi, dan dengan itu mereka terselamat dari membuat dosa, dan Insya Allah akan masuk syurga di akhirat nanti, dan sayugia diingatkan akhirat itu adalah kehidupan buat selama-lamanya .

Bukankah ini berupa nikmat dan rahmat Allah jua. Kalau kita percaya hidup berakhir di dunia ini sahaja maka kita akan melihatnya sebagai trajedi yang tidak adil. Tetapi kalau kita percaya kepada akhirat, segala-galanya adalah ujian dan dugaan dalam perjalanan ke akhirat. Tetapi ini tidak sama sekali bermakna kita boleh membiarkan sahaja ummah kita terus ditindas dan menderita sewenang wenangnya. Sebagai umat Islam kita adalah komuniti dalam sebuah keluarga yang besar dan adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk membantu mereka dan melindungi mereka kerana meraka juga adalah saudara sesamai Islam kita.

Oleh yang demikian apakah yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan bala dari Allah yang berupa bencana alam dan pembunuhan menimpa diri kita dan mereka yang kita sayang? Jawapannya sama seperti yang telah diturunkan dari zaman ke zaman. KITA PERLU kembali ke jalan yang diredhai Allah SWT. KITA PERLU memohon keampunan Allah SWT. (Bukannya sepeti seruan untuk bersatu menentang musuh tetapi kita perlu bersatu dibawah panji dan kalimah 'La ilaa ha illallah' dan sudah pasti bukan dibawah panji masing-masing. ) KITA PERLU berpegang sepenuhnya kepada HUKUM-HAKAM dan PERINTAH-PERINTAH Allah SWT dan berhenti melakukan segala yang dilarangNya. Ini tindakan-tindakan yang perlu kita lakukan. Nampaknya agak susah, tetapi ia sebenarnya mudah, Insya Allah. Semuanya perlu bermula dari diri dan hati kita. Jangan tinggalkan solat fardhu, pelajari dan dalamilah ilmu agama kita, dan berdoa memohon kepada Allah SWT agar sentiasa menguatkan iman kita, dan hentikan pertelingkahan sesama sendiri mengenai perkara-perkara balas dendam dan sebagaimananya yang boleh mengeruhkan suasana. Kita boleh mengelakkan diri kita daripada ditimpa bala dengan doa, zikir dan patuh kepadaNya. Allah SWT telah berfirman bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum itu tidak terlebih dahulu dengan sendirinya berusaha untuk mengubahkannya. (Apatah lagi kita di Malaysia yang mahu menyibuk di insiden politik sedunia sedangkan tiang rumah kita sudah goyah.) Kita perlu memulakannya dahulu, dan Allah SWT akan memberi kita pertolongan seperti yang dijanjikanNya. Manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.

Sebagai bukti, satu keadaan di Kosova. Pada suatu petang saya telah ke daerah Opoya yang terletak di wilayah selatan Kosova, dan dari mana Imam Ismail berasal. Di kawasan itu bandarnya tidak mengalami apa-apa tragedi sekalipun. Tiada berlaku pembunuhan massacre orang Islam, tiada pula kesan-kesan kemusnahan perang, dan tiada tanda-tanda bahawa puak Kristian Serbs menyerang sampai telah ke tempat itu. Tetapi sebenarnya puak Kristian Serbs telah menetap di kawasan itu selama 8 tahun, jangka masa yang sama seperti kawasan lain. Perbezaan yang dapat dilihat adalah pada waktu Maghrib, masjid di Opoya PENUH. Itu hanyalah waktu solat fardhu harian yang biasa. Pada hari Jumaat pula ianya penuh berlimpahan, dan bukan hanya kalangan tua sahaja tetapi ramai pemuda turut sama mengikuti sembahyang berjemaah. Dan mereka telah beramal walaupun godaan dan pengaruh buruk puak Kristian Serbs telah wujud. Kami tidak melihat sesiapa dikalangan orang Islam yang meminum arak disana. Saya diberitahu hanya satu tempat sahaja yang dimusnahkan oleh bomb puak Serbs, iaitu sebuah kafe yang pernah menyajikan minuman arak dan kebanyakan pelanggannya datang dari kawasan lain. (Maka jelas di sini bahawa kekuatan kita ada pada iman kita, kita hanya boleh bersatu di bawah iman kita.)

Bandingkanlah perbezaan situasi di bandar Opoya dengan bandar-bandar yang lain. Tidakkah jelas dan nyata bahawa kekuatan itu berada di tangan Allah SWT dan bukan bergantung sangat kepada tentera yang kuat untuk membalas serangan puak Kristian Serbs. Inilah maknanya Wa Haula wa laa quwata illa billah - tiada kekuatan atau daya kecuali dengan kehendak Allah SWT. Sekiranya Allah SWT tidak mengizinkannya, maka puak Kristian Serbs tidak akan dapat menyerang sesebuah bandar itu. Oleh itu jadikanlah ia suatu pengajaran dan iktibar.

(Doa pada penghujung majlis)

Bismillahhir Rahmaanir Raheem,

Ya Allah Tuhan kami. Tingkatkanlah keimanan dan taqwa kami kepada Engkau Ya Allah dan Akhirat. Ya Allah perkenankanlah taubat kami dan ampunkan dosa-dosa kami yang lalu dan yang akan datang. Ya Allah, kami memohon taufik dan hidayah dari Mu kerana Engkau sahaja yang boleh memberikannya. Ya Allah, tolonglah ummat Muhammad SAW untuk bersatu, dan lindungi kami dari pertelingkahan sesama sendiri. Ya Allah kami berlindung dengan Engkau dari Syaitan, Dajjal, dan dari tamak haloba.

Ya Allah! Hapuskanlah kekejaman dan penderitaan yang dihadapi oleh saudara-saudari Islam kami di Maluku, di Palestine, di Chechnya, dan diamana saja mereka ditindas. Dan jika ditakdirkan mereka gugur, tetapkanlah Ya Allah bagi mereka mati dalam syahid, mati dalam memperjuangkan agama Engkau Ya Allah, dan mati dalam beriman. Ya Allah! Musnahkan kaum kafir yang menggangu dan merosakkan ummah untuk kami kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Berkuasa. Pecah-belahkan mereka dan tanamkan ketakutan kedalam hati mereka.

Ya Allah kami adalah makhluk Engkau yang lemah. Tolonglah kami Ya Allah kerana tiada kuasa melainkan kuasa Engkau Ya Allah. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, pesuruh Engkau Ya Allah Tuhan semesta alam. Wa billaahit-tawfeeq wal hidayah. Subhanaka Wabihamdika wa ash-hadu allaa ilaaha illa anta. Wa nastaghfiruka wa na tuu bu ilaik Wasallallaahu laa Muhammaddin Nabiyil Wa alaa aalihi wasahbihi wassalam. Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh!


CATATAN PENTING:

Saya harap para pembaca akan membaca kesemua bahagian ucapan diatas dengan teliti.Bukakanlah mata dan lapangkan minda untuk memikirkan segala yang tersurat dan tersirat menerusi terjemahan yang diusahakan semata mata demi Allah ini. Bukankah bukti-bukti dan tanda-tanda sudah jelas bahawa apa yang berlaku di Bosnia, Kosova, Turkey dan lain-lain yang mempelawa bala diperturunkan oleh Allah SWT sudah pun berlaku di Malaysia dengan berleluasa?

1. Bilangan yang murtad di Malaysia semakin bertambah, dan pihak berkuasa tidak berjaya menangani masalah ini tetapi seakan mengalakkannya.

2. Zina dikalangan orang Melayu umumnya dan Islam khususnya sudah berleluasa sehingga mencapai angka yang meruncing. Kebebasan hidup yang tidak terkawal diangung agungnya. Mereka menjadi lupa kepada agama, lupa kepada Allah.

3. Arak dijual di merata tempat (7 Eleven, Jaya Jusco, setakat yang anda mahu sebutkan nama tempatnya) dan ramai orang Islam yang minum arak. Lihatlah di Bangsar, kelab dan pub didirikan tanpa segan pilu dikunjungi orang Islam.

4. Hanya satu atau dua saf sahaja umat Islam datang ke masjid atau surau untuk solat fardhu, kadangkala hampir kosong (hanya 10 orang solat Maghrib di Masjid Negara pada hari Black 14 pada Sabtu 15 April 2000) - suatu survey yang dibuat tidak berapa tahun dahulu menunjukkan hanya 10% orang Islam yang lengkap sembahyang 5 solat fardhu sehari. Keadaan yang serupa wujud di Kosova sebelum berlakunya pembunuhan rambang kaum Muslimin oleh puak Kristian Serbs.

5. Golongan anti-Islam merata di sana sini dan lantang menyuarakan hinaan dan cacian terhadap nabi, hukum-hukum Islam dan Allah. Golongan ini bukan sahaja terdiri daripada golongan intelek yang berkelulusan tinggi malah terdapat ulama yang memesongkan fatwa demi kepentingan individu. Satu yang paling membimbangkan ialah mereka diberi kebebasan yang sangat luar untuk menyuarakan pendapat hina mereka.

6. Undang-undang Syariah diketepikan dan dipandang hina. Syariah dikatakan sudah tidak sesuai dengan zaman IT ini atau tidak boleh dilaksanakan oleh masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Kalau adapun golongan yang memperjuangkan undang undang Syariah sebagai perundangan negara, mereka lebih cenderung untuk menggunakan nama Islam sebagai propaganda dan ideologi individu.

7. Ada segelintir orang Melayu yang sudah tidak boleh menyebut shahadah tetapi masih mengaku mereka sebagai umat Islam. Terlalu ramai yang mengaku Islam tetapi terlalu sedikit yang melaksanakan suruhan Islam.

8. Rasuah berleluasa. Dari peringkat pemerintah sehingalah ke peringkat orang bawahan.

9. Ketidak adilan begitu nyata sekali. Yang salah diiyakan dan yang benar disalahkan. Kuasa veto mencengkam kebebasan menyuarakan pendapat. Ideologi maha firaun diguna pakai tanpa sekatan dan bantahan.

10. Masyarakat kita suka menudingkan jari dan berbalah sesame sendiri apabila satu undang undang ciptaan mereka mula goyah dalam proses aplikasi. Sedangkan undang undang yang Allah cipta mereka langsung tidak mahu pakai.

Senarai kemungkaran dan keigkaran ini begitu panjangsekali. Dan segala-galanya adalah tanda-tanda yang sama dilihat di Bosnia dan Kosova sebelum genosid dimana puak Kristian Serbs telah membunuh dengan rambang untuk mencuci berseh orang Islam telah berlaku. Dan jangan terperanjat kalau keadaan sama berlaku di Malaysia ini. Adakah kita memileh untuk berdiam dan menuggu sahaja tanpa berbuat sesuatu sekarang juga. Kita tunggu sehingga bencana menimpa, tunggu sehingga kita dapat melihat anak isteri kita dan kita sendiri disembelih, tunggu sehingga lain-lain bala dari Allah seperti gempa bumi,banjir besar , ribut taufan melanda Malaysia barulah kita sedar dan tergesa-gesa kembali ke jalan Allah ? Adakah bala dari Allah yang kita idamkan?? Gempa bumi dan ribut taufan tak berlaku di Malaysia? Kalau dikehendakki Allah gempa bumi yang dahsyat yang memusnahkan hampir kesemuanya rakyat boleh berlaku esok lusa. Samada kita kembali ke jalan Allah atau kita mempelawa bala diturunkan oleh Allah ketas Malaysia adalah pilihan kita sendiri. Apa jua yang bakal berlaku, kita dan keluarga kita yang akan menanggungnya. . .

info:link