Monday 30 January 2012

Menarik mengenai Dewan Rakyat Mesir yang baru.

dewan rakyat mesir


post ringkas hari ini,

Tahukah anda bahawa dewan rakyat mesir hari ini dianggotai oleh:

- lebih 140 org dari ahlinya menghafal al-quran

- lebih 100 ahlinya menghafal lebih daripada 10,000 hadis setiap seorang

- lebih 180 ahlinya menghafal lebih dari separuh al-quran

- lebih 170 ahlinya memegang ijazah PhD dlm bidang yg pelbagai

- lebih 50 ahlinya tidak memiliki kenderaan peribadi

- lebih 350 ahlinya pernah ditangkap/ditahan bagi tempoh antara 6 bulan hingga 9 atau 10 tahun (mase zaman diktator dulu)

sumber:
الصفحة الرسمية للشيخ أحمد فريد


Subhanallah...! moga mesir lebih diberkati apabila dinaungi kepemimpinan yang berilmu insyaALLAH.


memang tak dinafikan rakyat mesir ramai yang menghafal Al Quran,kalau dekat uni kebanyakan kalau kita tanya pelajar-pelajar dia menghafal lebih 15 juzu' Al Quran dalam usia yang muda,syarat untuk menjadi pensyarah di Universiti Al Azhar juga perlu menghafal 30 juzu' Al Quran.

mengenai tidak memiliki kereta peribadi pun sama,jadi memang tak dinafikan kebanyakan pensyarah/doktor yang mengajar di uni pergi balik kuliah naik bas/van yang kami naik juga,balik kuliah jalan kaki sama-sama dengan kami,naik bas yang sama,kalau kita tengok pun rasa sedih,tapi tu la apabila melakukan sesuatu Lillahittaala , pangkat,darjat dan harta bukan menjadi kiblat kepada mereka.Allahuakbar!

Doakan mesir sejahtera,semenjak naik Parlimen baru ni,pihak Israel banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur ugutan,supaya tidak menganggu perjanjian-perjanjian Mesir-Israel semasa zaman diktator,di mana perjanjian tersebut lebih menguntungkan Israel. ,Mesir sekarang lebih berani,lantang dan terbuka berbincang mengenai Palestin dan membantu Palestin yang sekian lama di tindas Israel,moga dengan lantikan Parlimen baru ini ,Palestin lebih terbela berbanding sebelum ini,negara arab keliling Palestin tapi semua senyap membisu sebelum ini,Moga ALLAH memberkati Mesir! amin Ya Rab...

Sunday 29 January 2012

Isu Madrasah Salihiah.

Madrasah Salihiah kanchut,Alor Star

Baru-baru ini bertebaran berita mengenai kerajaan Kedah yang ingin robohkan Madarasah Salihiah Kanchut,Alor Star,Zalim betul pak-pak lebai yang memerintah Kedah ni kan??ada ka patut buat macam tu?Jahat la Ustaz Azizan ni,tu tempat orang beribadah dengan penuh khusyuk untuk mengabdikan diri pada yang maha esa,awat buat lagu tu??Kerajaan Barisan Nasional penat buat,demi rakyat jelata..tiba nak kena roboh.tak patut betoi...jadi penjelasan di bawah merungkai segala persoalan di benak hati perut saya...wiuwiuwiu

Latarbelakang:

PKNK dengan kerjasama sebuah syarikat swasta ingin memulih dan memajukan Kompeks Tunku Yaakob yang terbengkalai lebih 30 tahun. Projek yang dinamakan Aman Central bukan sahaja memulihkan bangunan terbengkalai tetapi keseluruhan kawasan di sekitar itu. Pelaburan besar itu bakal memberi peluang ekonomi serta peluang pekerjaan kepada beribu rakyat negeri ini. Isu yang timbul ialah dalam kawasan yang mahu dibangunkan itu terdapat tanah wakaf berkeluasan 0.08 hektar dan di atas tanah itu ada bangunan yang dinamakan Madrasah Salihiah. Pemegang amanah harta wakaf itu adalah Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK). Kerana harta wakaf itu terbabit dalam pelan pembangunan maka ia dicadang untuk dirobohkan sementara dan dibangunkan sebuah surau baru di tempat yang sama.

Dakwaan yang timbul dan penjelasannya:

1. Perobohan surau adalah tindakan zalim

Kerajaan negeri tidak lakukan dengan sewenang-wenangnya terhadap tanah wakaf yang libatkan kepentingan Islam. Ia dirujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah yang diketuai oleh Dato' Sheikh Badaruddin Hj Ahmad. Majlis Fatwa bermuzakarah dan memutuskan bahawa surau tersebut boleh diroboh berdasarkan kaedah Istibdal iaitu berlaku pindah wakaf kepada manfaat yang lebih besar. Pampasan RM1.48 juta diberi kepada MAIK selaku pemegang amanah surau untuk mendapatkan wakaf yang baharu. Di lokasi yang dirobohkan akan dibina surau baru yang lebih luas boleh mengisi 400 jemaah dalam satu masa berbanding 200 jemaah dalam surau lama. Surau baru dibina dan pampasan untuk adakan wakaf yang baharu diberi lagi. Roboh satu dapat dua dan lebih manfaat!

2. Mufti Kedah dipaksa turut kehendak kerajaan negeri

Yang Berbahagia Dato' Mufti dan Majlis Fatwa Negeri Kedah berada di bawah KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang kini adalah Yang DiPertuan Agong, bukannya lantikan oleh Menteri Besar. Justeru tuduhan tersebut adalah fitnah dan tidak berasas. Mufti juga tidak membuat keputusan berseorangan, mereka bermuzakarah secara mendalam dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah yang terdiri dari :-

  • -Dato' Mursyid Diraja Dato' Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor (Universiti Al-Azhar Mesir, Universiti Ain As-Syam, Mesir),
  • -Dato' Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah), Universiti Islam Antarabangsa (Diploma Undang-undang Pentadbiran dan Kehakiman),
  • -Dato' Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof (Universiti Ain Syam, Kaherah, Mesir (Diploma Pendidikan),
  • -Dato' Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah BA Syariah Dan Undang-undang) Jayyid (Diploma Pendidikan),
  • -Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar (Universiti Ein Syams, Mesir (Diploma Pendidikan) Universiti Al-Malik Saud, Riyadh, Universiti Kebangsaan Malaysia (Sarjana Pendidikan (M.Ed)),
  • -Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi (Universiti Al-Azhar Mesir, Ijazah sarjana (MA) Syariah, Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Jurusan Syariah Politik Islam/Ekonomi Islam,
  • -Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin, Universiti Al-Azhar Mesir - Ijazah Sarjana Muda (Syariah), Universiti Malaya - Ijazah Sarjana (Syariah) Fiqh dan Usul Fiqh
  • -Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim (Universiti Al-Azhar Mesir - Sarjana Muda (BA) Syariah).
Kehebatan ilmu mereka dalam membuat keputusan berkaitan kepentingan Islam tidak boleh dipertikaikan.

3. Surau baru berada dalam kompleks membeli belah, sukar dimasuki

Surau baru yang akan dibina berada di aras bawah kompleks dan boleh dimasuki dari luar pada bila-bila masa walaupun kompleks beli belah ditutup. Ia menampakkan syiar sebuah surau dari luar, ada kubah dan boleh melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat. Sedangkan Madrasah Salihiah yang ada sekarang hanya di buka waktu Zohor dan Asar. Pada waktu lain surau dikunci dari luar dan tidak dimakmurkan sepanjang lima waktu.

4. Surau bernilai 100 tahun, ada nilai sejarah mesti dipertahankan


Sebenarnya bangunan surau yang kononnya bernilai 100 tahun di atas tapak itu sudah diroboh tahun 2007 dan dibina sebuah bangunan yang baharu (yang ada kini). Sebahagian besar bangunan itu adalah ruang pejabat yang disewakan kepada sebuah syarikat insuran, hanya satu ruang digunakan untuk bersolat. Bangunan itu baru berusia 4 tahun dan pampasan yang diberikan dengan menilai keseluruhan tanah dan bangunan tersebut.

5. Seluruh bangunan Madrasah Salihiah yang berusia 4 tahun itu adalah surau atau Rumah Allah

Rumah Allah adalah gelaran untuk bangunan surau atau masjid yang menepati syarat. Antara syaratnya ialah tandas mesti terpisah dari bangunan utama musolla seperti mana hampir kesemua masjid yang terdapat di dunia ini. Madrasah Salihiah tidak boleh dipanggil Rumah Allah kerana tandas, pejabat perniagaan dan surau berada dalam satu bangunan. Hanya satu ruang diguna untuk surau macam surau yang terdapat di mana-mana bangunan lain juga.

6. Surau itu dimakmurkan oleh kira-kira 200 jamaah pada setiap waktu solat

Tidak benar. Hanya ada beberapa buah rumah orang Islam berhampiran surau itu kerana ramai yang sudah berpindah. Orang Islam yang masih tinggal, lebih selesa berjemaah di Masjid Zahir. Solat berjemaah di surau itu biasanya hanya waktu Zohor dan Asar, dihadiri beberapa orang yang bekerja di situ. Waktu Maghrib, Isya dan Subuh, pagar pun berkunci. Jika benar surau itu mempunyai 200 anak khariah, mengapa tiada seorang pun yang datang bersolat Subuh? Ramai yang berdemonstrasi membantah bangunan itu dirobohkan tempohari mengaku ahli khariah tetapi sebenarnya mereka adalah penduduk Taman Wira Mergong, bukannya ahli khariah di situ. Bangunan itu lebih berfungsi sebagai pejabat syarikat insuran dari sebuah madrasah atau surau.

7. Sepatutnya ganti wakaf (RM1.48 juta) dibuat di sekitar lokasi tersebut juga

Cadangan itu mungkin baik tetapi persoalannya bagaimana hendak memenuhkan surau ganti wakaf yang dicadangkan itu sedangkan kawasan tersebut bukan perkampungan yang ramai orang Islam. Bukankah lebih baik memikirkan untuk memenuhkan surau baru di kompleks perniagaan yang dibina itu. Dan lebih baik juga RM1.48 juga diguna untuk membina surau di mana-mana kawasan ramai penduduk. Bukan setakat untuk solat tetapi juga untuk pelbagai kegiatan umat Islam yang lain. Pahala yang mengalir kepada pihak yang mewakaf tentulah lebih besar.

8. Di sekitar itu juga terdapat gereja, mengapa gereja tidak dirobohkan sekali

Gereja tidak termasuk dalam lokasi strategik yang mahu dimajukan. Andainya gereja sengaja mahu dimasukkan, maka ganti gereja juga terpaksa dibuat di kompleks membeli belah itu. Adakah umat Islam negeri ini bersedia melihat sebuah gereja di kompleks membeli belah?

9. Pemaju Aman Central adalah orang kafir, mengapa beri peluang orang kafir majukan ekonomi mereka?

Aman Central adalah usahasama antara PKNK dan pemaju tersebut. PKNK adalah milik kerajaan negeri justeru tidak semuanya kafir. Ia akan memberi manfaat kepada kerajaan negeri dan rakyat Kedah (peluang pekerjaan) yang majoritinya terdiri dari orang Islam. Realiti dunia hari ini, akibat kelemahan orang Islam, tidak ada satu aspek yang umat Islam dapat membangunkan iktisad sendiri tanpa orang bukan Islam. Kita tidak boleh bersikap ‘biar orang Islam mundur asal bukan Islam jangan kaya.’ Jika begitu, orang Islam tidak boleh pergi menunaikan haji untuk elak orang kafir yang buat kapal terbang dapat untung.

10. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negeri Kedah, Rumah Allah (masjid atau surau) diroboh untuk sebuah shopping complex

Tidak benar. Masjid Alor Malai pernah diroboh untuk pembangunan menyeluruh Kompleks Al-Bukhari yang juga dibangunkan kompleks perniagaan di situ (antaranya Pasaraya Giant). Sebuah masjid baru dibina, bukan di atas tapak masjid lama tetapi dilokasi lain menggunakan kaedah Istibdal, sama seperti kaedah yang digunakan terhadap tanah wakaf Madrasah Salihiah. Ia tidak menjadi isu kerana pihak pembangkang pada masa itu (PAS) tahu hukum hakam, menghormati institusi ulamak dan tidak membantah membuta tuli. Sekarang isu Salihiah menjadi ‘panas’ kerana pihak pembangkang kini merasa ‘terlebih pandai’ dari para ulamak yang ada dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah.

penjelasan ni aku dapat dari facebook Ust Nasrudin Hasan KLIK SINI

kesimpulannya: kesian...media dapat laporan salah kot,Husnuzhon,tak apalah,manusia tak lari dari kesilapan,maafkan je lah mereka-mereka itu LOL

Thursday 26 January 2012

25 Januari-Tarikh keramat bagi rakyat Mesir.



Gambar semalam,orang ramai memenuhi Dataran Tahrir semalam, bagi menyambut ulang tahun pertama kebangkitan yang menjatuhkan Mubarak.

Alhamdulillah semalam genap setahun Revolusi Mesir 25 Januari yg di sambut meriah di dataran Tahrir,Mesir yang jarang-jarang hujan,kalau hujan pun kejap je,tp Alhamdulillah semalam hujan,dari pukul 9pm hingga tengah malam,seolah-olah meraikan kemenangan rakyat mesir yang telah sekian lama di tindas.kalau sesiapa yang mengikuti perkembangan Mesir,mesti akan wujud rasa syukur dan gembira dengan apa yg berlaku sekarang.ok settle mukadimah hahaha

walaupun sesetengah rakyat Malaysia yang masih merasakan apa yang dilakukan rakyat mesir sebelum ni adalah sia-sia dan menyusahkan negara,menghuru-harakan negara dan sebagainya,bagi aku permikiran yang sebegitu adalah permikiran yang *&^%^&% ,tak tau situasi tapi nak bercakap,seolah-olah dia tau semua yang terjadi,sebab dan musabab.lepas tu nak cakap "ntah apa-apa buat demontrasi,menyusahkan betul,menghuru harakan negara je,hilang sumber pelancongan dan bla bla bla".kau tahu tak kenapa mereka berdemo?kau tahu kenapa mereka menentang mubarak?kau tahu pasal kezaliman Mubarak?kau tahu macam mana susahnya hidup mereka?kau tahu macam mana mereka di tindas? kau tahu mereka hidup dalam undang-undang darurat dah lebih 30 tahun?kau tahu apa itu undang-undang darurat?

Tapi aku menyokong tindakan rakyat mesir ni,kalau sesiapa yang tau situasi rakyat mesir pasti akan menyokong tindakan dorang.Pemerintahan kuku besi Husni Mubarak sebelum ni yang lebih ke arah prinsip Karl Mark iaitu,untuk kekalkan kuasa bg masa yg panjang memerlukan seseorang pemimpin tu membiarkan rakyat dia miskin dan bodoh!tu lah yang terjadi pada dunia arab,tunisia,syiria,yaman,libya ,kalau perhatikan presiden yang sama memerintah lebih 20 tahun,rakyat di biarkan miskin walaupun hasil negara banyak.

Di sini aku akan ceritakan sedikit pengalaman aku sepanjang tinggal di Mesir ni,yang selama ini di tadbir "undang-undang Darurat" selama lebih 30 tahun.Tapi Alhamdulillah semalam,Ketua Tentera, Husin Tantawi memutuskan utk memansuhkan "Undang2 Darurat" menjelang pagi tadi, 25 Januari KECUALI kpd anasir2 perusuh atau samseng (baltojiyah). Mesir lebih 30 tahun lalu diperintah oleh "Undang2 Darurat" yg memberikan kuasa penuh kpd pihak polis menangkap dan memenjarakan sesiapa sekalipun tanpa sebab yg kukuh..Undang2 ini tidak boleh dicabar di mahkamah dan ia juga melarang sebarang bentuk himpunan sebelum ini.

Bayangkan sebelum-sebelum ni,kami pelajar Malaysia nak sebut Usrah pon tak boleh,sensitif dan bahaya,sebab Usrah di asaskan oleh imam Hasan Al banna yang mana beliau telah mati di bunuh oleh pembunuh upahan pihak berkuasa dulu.dan kami namakan Muzakarah berkelompok,nak sebut nama Imam Hassan Al banna pon kena hati-hati,sebab di Mesir ni ramai Mabahis Atau Mata-mata.kami juga di larang borak berkaitan politik mesir demi keselamatan.Segala bentuk program atau perhimpunan terpaksa di laporkan kepada pihak polis dahulu,nak buat kem motivasi ke,kelas pengajian kitab ke,apa-apa program pelajar Malaysia nak lakukan,walaupun nampak kecil tapi kena maklumkan pihak polis,sebab undang-undang darurat tak membenarkan perkumpulan melebihi 5 orang.

Bayangkan di zagazig ni pun pernah berlaku beberapa rumah pelajar Malaysia,pihak polis datang terjah,sekali datang dalam 10 orang anggota polis,masuk rumah dengan berkasut,geledah rumah,tengok buku-buku yang kita ada,sedangkan tak ada apa pun,dia punya check ntah apa-apa.tu ok lagi,pernah pelajar indonesia di Kaherah main bola dengan orang arab,dan polis syak pelajar tu ada kaitan dengan gerakan islam mesir,dpelajar tu terus kena tangkap dan di penjarakan,diceritakan cerita pengalaman dia masa dalam penjara,aku baca kt blog dia,tapi link lupa nak save,sori.dia kena letak penyepit elektrik tu kt telur bukan melucah ok,kisah benar,dia cakap memang azab gila,kena letrik sampai lembik,pastu di paksa makan roti berkulat untuk bg tenaga balik,pastu kena seksa balik,kena soal jawab bagai,dah tak ada bukti baru dilepaskan.kau kena pukol separuh mati tapi sbenarnya kau tak bersalah,kau ingat boleh bawak kes ke mahkamah?tak boleh!sebab mesir masih menggunakan undang-undang darurat.dan macam-macam lagi kes,nak cerita memang tak habis.

Lagi satu berkaitan visa,kalau kami pelajar Malaysia di Zagazig,agak rumit kalau nak hidupkan visa,kena pergi imegresen,isi borang,dah settle,nanti lepas dua minggu datang sekali lagi ambil cop,lepas tu akan ditetapkan tarikh untuk jumpa ketua polis,jumpa ketua polis dia akan mintak alamat,dan no tepon,kalau dia nak jumpa pagi,terpaksa tinggalkan kelas. setiap tahun melalui proses yang sama,walaupn maklumat kita dia dah ada,tapi Alhamdulilah sekarang dah mudah,hari ni pergi imegresen,hari ni jugak semua urusan settle,tak payah nak berulang alik dah.sekarang kami bebas berusrah,bebas bercerita mengenai Imam Hassan Al Banna,bebas menyebut Ikhwan Muslimin....

Keadaan rakyat mesir selama ini.

itu baru keadaan yang kami rasa,bayangkan macam mana gerakan Ikhwan Muslimin sebelum ni,susah payah dorang,terpaksa bergerak underground,kalau kantoi kena tangkap,di seksa dan sebagainya.berapa ramai ulamak di tangkap dan di bunuh masa zaman pemerintahan Jamal Abdul Nasir?kalau nak tahu purata pendapatan rakyat mesir sehari adalah 2usd bersamaan RM6,memang tak di nafikan rakyat dia masih ramai yang miskin tegar,daripada jumlah 85 juta penduduk Mesir,separuh daripadanya Miskin tegar.

kalau korang datang sini,boleh tengok ramai lagi budak-budak dia tak bersekolah,kecik-kecik dah kerja,lagi sedih kadang-kadang kita boleh tengok budak perempuan dalam lingkungan 5tahun,compang camping,mengutip kotak atau botol di tempat-tempat sampah,yang mintak sedekah ramai,situasi yang jarang sangat kita dapat lihat di Malaysia.tu sebab Mesir ni ramai yang mencuri,nasib rakyat dia tak terbela langsung,infrastuktur cukup teruk,kalau masuk kampung-kampung tak payah cakap la,jalan teruk,tak berturap,bangunan teruk,tempat-tempat tumpuan ja yang dibangunkan.

Jadi kita sebagai rakyat Malaysia kena la bersyukur di bawah kepimpinan Dato Sri najib,di dokongi kuat Datin Sri Paduka Rosmah,sebab kita hidup dalam negara yang aman dan damai,tak payah nak demo-demo bagai,menyusahkan orang je,bersyukur la,dari kecik pergi klinik kerajaan,masuk sekolah kerajaan,pergi hospital kerajaan,ambil BR1M RM500,walaupun hakikatnya tu duit korang :P,bersyukur la,penat Kerajaan buat semua tu,kita mesti sokong pemerintahan 1Najib,1Rosmah demi 1Malaysia,sokonglah kerajaan Barisan Nasional selagi nyawa dikandung badan,Oh yeah!jangan derhaka kepada pemimpin. ada Fahaammmm?!*mata ke atas,tangan cekik leher,TROLOLOLOLOL.

dibawah ni ada beberapa perkara-perkara menarik yang berlaku baru-baru ini:-


"Menarik dlm akhbar Huriyyah wal Adalah hari ini, mnyaksikan perubahan besar pd kerusi..Kerusi Parlimen ketika ini hnya mampu menampung 338 ahli berbanding bilangan Ahli Parlimen skrg berjumlah 498 org yg memaksa petugas membawa masuk kerusi tambahan dr luar..Tempat duduk ahli Parlimen parti NDP(parti mubarak sebelum ni) sblm ini diduduki oleh FJP(ikhwan), tempat duduk Ikhwan Muslimin sblm ini diambilalih ahli Parlimen dr Parti Nur..Sblm bermula sidang, MP dr Parti Demokratik Mesir mengedarkan selempang kuning tertulis "Tidak kpd Mahkamah Tentera bg Rakyat Awam"..


"Seramai 179 org Ahli Parlimen mendaftarkan diri utk berbahas berkaitan usul kebajikan bg keluarga mereka yg terkorban dan cedera spjg revolusi 25 Januari..Speaker Parlimen Dr Saad Katatni berjanji akan memberikan laluan kpd smua Ahli Parlimen yg ingin berucap ,sekalipun memerlukan 10 kali bersidang lagi kerana ia usul yg penting..Parlimen membentangkan usul bg membentuk Jawatankuasa Siasatan terhadap mereka yg membunuh penunjuk perasaan"


"Parlimen tiba2 sayu apabila seorg Ahli Parlimen Port Said, Dr.Akram Sya'ir (FJP) berucap meminta semua mereka yg terlibat mmbunuh penunjuk perasaan dihukum gantung. Semua anggota bangun memberikan tepukan gemuruh. Speaker,Dr Saad Katatni dilihat mengesat air mata..Anak Dr.Akram, Mus'ab merupakan salah seorg yg cedera dan smpai skrg masih menerima rawatan.."


"Ahli Parlimen wanita dari FJP tidak dpt menahan sebak apabila mendgr kisah anak Dr.Akram Sya'ir yg masih menerima rawatan kesan tembakan polis pd revolusi 25 Januari.."

"Dr.Akram Sya'ir, Ahli Parlimen FJP Port Said: "Saya tak mahu duit dari kerajaan walau satu sen pun, apa yg saya mahu ialah qisos!"


"Ahli Parlimen Parti Nur, Asyraf Thabit dlm ucapan sulung di Parlimen semalam memuji langkah Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) yg tidak membolot kesemua jawatan penting yg boleh dilakukannya kerana FJP mndapat kerusi majoriti di Parlimen..Langkah FJP memberikan jawatan dua Wakil Parlimen kpd Parti Nur dan Wafd dipuji dan membayangkan tuduhan sesetengah pihak bahawa FJP bakal memerintah spt parti Mubarak NDP sebelum ini meleset sama sekali..Ini bakal disaksikan lagi pd hari ini bg pemilihan 19 org Pengerusi Jawatankuasa, jawatan penting dlm Parlimen"


"Di bawah Parlimen Mesir, terdapat 19 buah Jawatankuasa antaranya Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa, Perumahan, Kesihatan, Hal Ehwal Agama, Belia dan Sukan. FJP mahukan 9 Jawatankuasa sahaja manakala 10 baki lagi akan dibahagikan kpd lebih 15 buah parti politik yg diwakili oleh Ahli Parlimen masing2..Dan hari ini, Parlimen dijangka bersidang lagi bagi memilih 19 org Pengerusi kpd Jawatankuasa2 tersebut dan 19 lagi Wakil Jawatankuasa (atau timbalan pengerusi).."
ini di namakan negara perpaduan(UG)

"SPR mengumumkan keputusan muktamad Pilihanraya Dewan Rakyat yg mempunyai 498 kerusi. Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) memperoleh 235 kerusi atau 47.2% iaitu 127 org melalui calon SENARAI dan 108 org melalui calon INDIVIDU"


"Keputusan Pilihanraya pusingan ulangan bagi kerusi INDIVIDU Qina antara:

-Syeikh Ali As-Syesyni (FJP) UNDI: 111,500 (MENANG)
-Jeneral Khalid Khalfallah (Bebas-Fulul, bekas jeneral Polis Amnu Daulah) UNDI: 78894


*Siapa yg ikuti kempen FJP di Qina ini, pasti xsangka FJP dpt menang. Pelbagai taktik digunakan oleh calon lawan. Pukul, belasah, hakim yg berat sebelah,rasuah, halang pengundi keluar mengundi, kepung pusat mengundi dan ugut petugas2 SPR..akhirnya mereka tewas juga!"


di atas ni merupakan status-status dari FB ust Abdul Malik,Ust malik sentiasa mengupdate perkembangan Mesir dari masa ke semasa,korang pun boleh mengikuti terus dari FB beliau Klik Sini.

Keputusan MUKTAMAD pilihanraya umum mesir 2011:

Ikhwan Muslimin- 232 kerusi,
Salafi- 113 kerusi,
wafdu sekular- 47kerusi,
Kutlah sekular- 39 kerusi,
Fulul atau bks penyokong mubarak- 17 kerusi,
Wasot islami -10 kerusi,
Thaurah mustamirah -8 kerusi,
bebas -14 kerusi

dan 18 kerusi sdg menanti untuk diadakan pilihanraya dlm masa terdekat.

IKHWAN telah mencalonkan Dr Mohd Sa`du Katatni S/U Partinya AL HURRIYAH WAL ADALAH sebagai speaker parlimen Mesir.


Dr Mohd Sa`du Katatni-gambar sebelum dan selepas revolusi 25 Jan.

#penambahan:
Tanggal 23 Januari 2011, Dr Mohd Sa`du Katatni ditangkap dan dihumbankan ke dalam penjara Wadi Natrun bersama rakan-rakannya yang lain kerana membangkitkan isu rasuah di Parlimen Mesir pada ketika itu.

Tetapi benarlah firman Allah (وتلك الأيام نداولها بين الناس), tanggal 23 Januari 2012 yang merupakan hari bersejarah kepada Mesir,
Dr Mohd Sa`du Katatni yang pernah dipenjarakan tersebut diumumkan sebagai Speaker yang ke-46 dalam sejarah negara Mesir.

Moga menjadi pedoman kepada sang penguasa berkuku besi seantero dunia, firman Allah tidak pernah dan tidak akan menipu hamba-Nya. Afala tubsiruun? via Ustaz Ahmad Ulwan Bin Hassim.



ERA BARU MESIR BERMULA SEMALAM,SIDANG PERTAMA PARLIMEN SLPS MUBARAK.DR SA'DU KATATNI DIPILIH SECARA RASMI SPEAKER PARLIMEN DGN MENDAPAT 399 undi drp 508 undi.

Pasaran saham melonjak dengan keuntungan hampir 5 Billion Egyption Pound. - ust Nasrudin Hassan.

***Ikhwan Muslimin sekarang dikenali sebagai Hizbur Hurriyah Wal adalah atau Freedom and Justice Party(FJP).