Tuesday, 20 November 2012

Boikot produk Yahudi ni satu langkah yang bodoh???



"Boikot produk Yahudi ni satu langkah yang bodoh. Ekonomi kita jugak yang terjejas nanti. Anak2 muda negara kita yang hilang peluang pekerjaan. Lagipun berkesan ke kat mereka kalau kita yang boikot? Ramai lagi yang still pakai produk mereka, satu dunia" kata manusia yang 'bijak' pandai.

 


Maka tersebutlah sebuah kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang amat besar oleh Raja Namrud. Melihat
kan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil oleh disebabkan rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnya yang kecil dan dititiskan keatas api yang besar itu. Perbuatan burung kecil itu telah ditertawakan oleh burung2 yang lain.

"Usahamu itu hanya sia2, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek.
Lalu burung kecil itu membalas, "Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku sama ada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti akan bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya."

Oleh itu, walaupun kita ini seumpama burung kecil tersebut, dalam usaha memerangi Yahudi laknatullah ini, 'siramlah walau setitis air' untuk memadamkan keganasannya. Carilah bukti dan saksi keprihatinan kita terhadap nasib umat Islam di hadapan Allah nanti. Jika ingin dibandingkan dengan pengorbanan nyawa oleh saudara kita di Palestine itu, apalah yang seksanya sangat untuk kita menahan diri kita daripada godaan seketul ayam goreng dan satu cup pepsi.

copy paste dari fb sahabat saya :)

#Kalau tak nak boikot pun tak usahlah mengkritik orang yang mampu dan mahu untuk boikot,mungkin di mata kita macam tak ada apa-apa,di sisi Allah kita tak tahu kan...Tepuk dada tanya Iman :)