Adakah korang mempunyai sahabat sejati?mesti semua orang akan mempunyai sahabat karib yang sentiasa bersama,tak kira la di universiti,masa kt asrama dulu,kawan sepejabat sekalipun,pernah tak korang fikir sahabat korang tu memang kira dalam kategori kawan sehidup semati atau sekadar kawan bersuka ria?kalau korang perasan la kan sekarang macam-macam jenis kawan kita boleh jumpa,ada yang berkawan atas sebab-sebab tertentu atau untuk kepentingan diri,ada di sebabkan harta,ada sekadar untuk bersuka ria,bila korang sedih atau susah dia buat tak tau je,tapi kadang-kadang kita akan dapat jawapan tu dalam beberapa keadaan yang berlaku secara tak sengaja.
1)korang nak kena pergi satu majlis pada malam hari,petangnya baru korang ingat baju-baju korang baru basuh,jadi korang tanya kepada sahabat korang untuk pinjamkan baju.
eh nak pinjam baju boleh tak? baju aku tak kering lagi la
eh nak pinjam baju boleh tak? baju aku tak kering lagi la
sahabat sejati: eh boleh,try tengok dalam almari aku tu,cuba la dulu,kalau ada yang muat ambik la, kalau tak muat aku mintak maaf,yang tu je baju aku ada".
sahabat plastik:"eh baju aku semua saiz kecik la,,takut tak muat pulak badan kau tu,kau try tanya baju bobo,dia kan gempal sikit nak ala-ala kau".
2)kalau di asrama dulu kan,masa datang asrama lepas balik kampung hujung minggu,kebanyakkannya akan bawak bekalan makanan,selalu kalau sahabat baik kita akan kongsi makan sama-sama.
sahabat sejati:"eh aku ada bawak biskut ni,mak aku bagi tadi,nanti free-free kita makan sama-sama eh?".
sahabat plastik:......~sunyi~.....(di keheningan malam korang terdengar,krup..krup..dari arah kelambu sahabat korang ,tengah makan kerepek mungkin?)
3):"eh mak aku tak dapat masukkan duit minggu ni la,mak aku pergi kursus dekat singapore,minggu depan baru duit aku masuk,boleh pinjam duit kau dulu tak untuk minggu ni?nanti aku bayar"
sahabat sejati:eh boleh,tak da masalah,pinjam duit aku dulu,lagipun ayah aku dah masukkan duit untuk aku.(kalau sahabat yang faham korang dia akan bagi,kadang-kadang kita tak bgtau tak da duit pun dia yang datang tanya,tapi kalau korang jenis pinjam liat nak bayar,Ah Long pun tak tak hingin nak bagi)
sahabat plastik:"aku ada je duit ni,tapi tu la kejap lagi aku nak keluar beli minyak wangi jenama Clive's cristian tu,takut tak cukup pulak kalau bagi kau pinjam".
4):komputer korang tiba-tiba rosak,jadi korang panggillah shabat korang untuk tengok-tengokkan kot dia tahu apa yang rosak.
sahabat sejati:"ok aku tengokkkan nanti,kalau aku tak tau masalah nanti kita bawak pergi kedai repair k".
sahabat plastik:"tu la kau,aku suruh buat komputer macam aku tak nak,komputer aku tu aku berhabis RM 4ribu,ni kau nak buat komputer pun bajet-bajet,kan dah rosak".(komputer ribu riban pun kalau sekadar buka facebook dan chatting je setiap hari baik pakai notebook lagi bagus)
5):sampah di dapur rumah sewa korang dah penuh sampai membuak-buak,sampah lama pun masih ada lagi sebelah tu,jadi korang dengan rasa tanggujawab ambil untuk pergi buang.
sahabat sejati:"banyaknya sampah,jom aku tolong bawakkan sekali pergi buang".
sahabat plastik:"eh banyaknya sampah,rajinnya kau nak pergi buang,jap jap! sampah dalam bakul bilik aku pun dah nak penuh tu,kau tolong pergi buangkan sekali eh?"(dengan muka innocent habis)
6):biasa la,bagi rumah-rumah bujang tetapi rajin masak memasak di rumah,hujung-hujung minggu akan keluar beli barang-barang keperluan rumah dan dapur.
sahabat sejati:"kau bawak barang ni,aku bawakkan yang ini ok".
sahabat plastik:bla..bla..bla(bergayut dengan phone, tak pun bermesej sepanjang hayat,biarkan korang bawak barang sorang-sorang)
7):Result exam baru keluar jadi keputusan korang hanya sekadar memuaskan,tak da la gempak macam sahabat korang tu.
sahabat sejati:"eh kalau kau usaha sikit lagi,kau pun boleh dapat result bagus,sem depan kau pulun lagi,insyaALLAh boleh".
sahabat plastik:"kau tu la,aku dah cakap suruh study betul-betul tak nak,tengok macam aku,result gempaq giler,awek-awek pun ramai mesej aku ucap tahniah,sampai naik rimas aku nak reply"(dah la tak bagi semanagat kt member,poyo pulak tu)
8):kawan korang baru membeli phone Samsung Galaxy S2 korang jugak telah lama teringin nak beli phone cuma tengah kumpul duit,sebulan kemudian duit korang telah mencukupi,jadi korang pun bagitahu rancangan korang untuk membeli iphone4.
sahabat sejati:"ok la tu,ipone4 tu function dia ok,kamera dia pun puas hati,clear giler,aku pun cadang nak beli haritu,tapi badjet tak cukup ehehehe,kau beli je kalau dah ada duit".
sahabat plastik:"eh kau nak beli iphone ke?tak elok la aku tengok design dia,kau nak pakai mahal-mahal buat apa,rosak ke,jadi apa-apa ke nanti rugi je kau,baik kau pakai biasa-biasa ja Nokia 3310 pun ok what?nak guna tepon ngan mesej jer".(kau pakai phone mahal boleh pulak?)
Yang last ni aku nak tekankan sikit,aku pelik la sekarang,jenis manusia yang tak boleh tengok orang lebih dari dia,salah ke kalau kita dah mampu beli,kau ingat kau sorang je mampu?kau sorang je nak bergaya?penyakit iri hati atau tak boleh tengok orang lebih ni dah makin kritikal meresap ke dalam manusia zaman sekarang tak kira lelaki atau perempuan.masalahnya dengan sahabat sendiri pun ada iri hati,perkara macam ni la menyebabkan berlaku sihir la,santau la,mandrem memandrem,tolong la buang perasaan hasad ni,sekurang-kurangnya bila kau tengok sahabat kau gembira ada barang baru,kau tumpang gembira,takkan nak tengok dia sedih kan?ni tak,tak boleh tengok orang lebih pulak,gelabah gila,silap haribulan,dia tengok member dia beli iphone4,dia terus call pak cik Steve Jobs suruh buat iphone5 cepat,dia nak beli minggu depan,ni kira habis teruk ar wahahaha
Semua di atas ni di adaptasi dari kisah benar dan yang di tokok tambah,tapi Alhamdulillah aku di kurniakan sahabat dah ahlibait yang memahami satu sama lain,bertolenrasi dan bertanggungjawab dalam setiap keadaan yang berlaku dalam rumah.kira sahabat-sahabat aku sekarang dalam kategori sahabat sejati,aku tak tipu ok.tapi aku pernah mengalami la sebelum-sebelum ni sedikit sebanyak asam garam bersahabat ,dengan sahabat yang jujur dan juga sebaliknya.kalau dia betul sahabat sejati korang,tak kira dalam apa keadaan sekalipun dia dia akan sentiasa bersama.malah masa korang bermasalah sekalipun,dia yang akan jadi pemangkin semangat bukan sekadar nak berhoyeh-hoyeh.
p/s:bersahabatlah anda dengan sejujurnya,bila dia gembira anda ketawa,bila dia sedih anda yang mengalirkan air mata,hargai sahabat anda...