Monday, 21 March 2011

Tsunami:Jepun dan airmata.


Walaupun dah lama Tsunami jadi,aku nak update gak sikit pasal tsunami ni.

maaf lari topik jap,dalam berkira2 nak update blog tadi,ada mesej masuk,mesej dari mak aku,mak aku bagitau anak bongsu Paksu aku Nor Adlin meninggal,series terkejut,Adlin ni sama umur dengan adik aku Najihah tu dorang satu kelas,baru masuk tingkatan satu,rumah dia pun tak jauh dari rumah aku,mak aku bagitau dia meninggal sebab lemas di anak sungai dekat dengan kampung dia,aku terbayang2 lagi wajah dia,masa balik Malaysia tahun lepas aku selalau pergi ambil adik aku balik sekolah,selalu dia ada sekali dengan adik aku tunggu ayah dia,budaknya pendiam dan agak pemalu,aku macam tak percaya dia dah tak da,tapi aku kena terima hakikat yang Allah lebih sayangkan dia,Takziah buat paksu sekeluarga,moga roh Adlin aman di sana...Al Fatihah.

Aku nak update tentang Tsunami baru2 ni,Takziah juga buat seluruh rakyat Jepun yang di timpa gempa bumi sekuat 9 pada skala Richter sekaligus menyebabkan berlakunya Tsunami,dan berjuta-juta penduduk di bahagian utara Jepun yang musnah dilanda gempa bumi dan tsunami pada Jumaat lalu terpaksa hidup tanpa air, makanan atau peralatan pemanas badan dalam cuaca sejuk yang hampir beku. tak terbayang dek akal derita yang mereka alami,berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.Di tambah pula dengan ancaman radiasi akibat letupan beberapa reaktor nuklear di sana.

Bayangkan rumah yang sekian alam di diami lenyap dalam sekelip mata,masa banjir di Kedah hujung tahun lepas aku terpaksa tinggal di pusat penempatan banjir 3 hari,tu pun dah tak senag duduk asyik teringat rumah,bayangkan rakyat Jepun yang terpaksa menerima hakikat rumah dan kawasan sekitarnya yang lenyap dan dah tak wujud,sama2 kita doakan kesejahteraan rakyat jepun dalam menghadapi dugaan berat ini termasuk kehilangan orang tersayang.














(sumber)

No comments:

Post a Comment