Gambar semalam,orang ramai memenuhi Dataran Tahrir semalam, bagi menyambut ulang tahun pertama kebangkitan yang menjatuhkan Mubarak.
Alhamdulillah semalam genap setahun Revolusi Mesir 25 Januari yg di sambut meriah di dataran Tahrir,Mesir yang jarang-jarang hujan,kalau hujan pun kejap je,tp Alhamdulillah semalam hujan,dari pukul 9pm hingga tengah malam,seolah-olah meraikan kemenangan rakyat mesir yang telah sekian lama di tindas.kalau sesiapa yang mengikuti perkembangan Mesir,mesti akan wujud rasa syukur dan gembira dengan apa yg berlaku sekarang.ok settle mukadimah hahaha
walaupun sesetengah rakyat Malaysia yang masih merasakan apa yang dilakukan rakyat mesir sebelum ni adalah sia-sia dan menyusahkan negara,menghuru-harakan negara dan sebagainya,bagi aku permikiran yang sebegitu adalah permikiran yang *&^%^&% ,tak tau situasi tapi nak bercakap,seolah-olah dia tau semua yang terjadi,sebab dan musabab.lepas tu nak cakap "ntah apa-apa buat demontrasi,menyusahkan betul,menghuru harakan negara je,hilang sumber pelancongan dan bla bla bla".kau tahu tak kenapa mereka berdemo?kau tahu kenapa mereka menentang mubarak?kau tahu pasal kezaliman Mubarak?kau tahu macam mana susahnya hidup mereka?kau tahu macam mana mereka di tindas? kau tahu mereka hidup dalam undang-undang darurat dah lebih 30 tahun?kau tahu apa itu undang-undang darurat?
Tapi aku menyokong tindakan rakyat mesir ni,kalau sesiapa yang tau situasi rakyat mesir pasti akan menyokong tindakan dorang.Pemerintahan kuku besi Husni Mubarak sebelum ni yang lebih ke arah prinsip Karl Mark iaitu,untuk kekalkan kuasa bg masa yg panjang memerlukan seseorang pemimpin tu membiarkan rakyat dia miskin dan bodoh!tu lah yang terjadi pada dunia arab,tunisia,syiria,yaman,libya ,kalau perhatikan presiden yang sama memerintah lebih 20 tahun,rakyat di biarkan miskin walaupun hasil negara banyak.
Di sini aku akan ceritakan sedikit pengalaman aku sepanjang tinggal di Mesir ni,yang selama ini di tadbir "undang-undang Darurat" selama lebih 30 tahun.Tapi Alhamdulillah semalam,Ketua Tentera, Husin Tantawi memutuskan utk memansuhkan "Undang2 Darurat" menjelang pagi tadi, 25 Januari KECUALI kpd anasir2 perusuh atau samseng (baltojiyah). Mesir lebih 30 tahun lalu diperintah oleh "Undang2 Darurat" yg memberikan kuasa penuh kpd pihak polis menangkap dan memenjarakan sesiapa sekalipun tanpa sebab yg kukuh..Undang2 ini tidak boleh dicabar di mahkamah dan ia juga melarang sebarang bentuk himpunan sebelum ini.
Bayangkan sebelum-sebelum ni,kami pelajar Malaysia nak sebut Usrah pon tak boleh,sensitif dan bahaya,sebab Usrah di asaskan oleh imam Hasan Al banna yang mana beliau telah mati di bunuh oleh pembunuh upahan pihak berkuasa dulu.dan kami namakan Muzakarah berkelompok,nak sebut nama Imam Hassan Al banna pon kena hati-hati,sebab di Mesir ni ramai Mabahis Atau Mata-mata.kami juga di larang borak berkaitan politik mesir demi keselamatan.Segala bentuk program atau perhimpunan terpaksa di laporkan kepada pihak polis dahulu,nak buat kem motivasi ke,kelas pengajian kitab ke,apa-apa program pelajar Malaysia nak lakukan,walaupun nampak kecil tapi kena maklumkan pihak polis,sebab undang-undang darurat tak membenarkan perkumpulan melebihi 5 orang.
Bayangkan di zagazig ni pun pernah berlaku beberapa rumah pelajar Malaysia,pihak polis datang terjah,sekali datang dalam 10 orang anggota polis,masuk rumah dengan berkasut,geledah rumah,tengok buku-buku yang kita ada,sedangkan tak ada apa pun,dia punya check ntah apa-apa.tu ok lagi,pernah pelajar indonesia di Kaherah main bola dengan orang arab,dan polis syak pelajar tu ada kaitan dengan gerakan islam mesir,dpelajar tu terus kena tangkap dan di penjarakan,diceritakan cerita pengalaman dia masa dalam penjara,aku baca kt blog dia,tapi link lupa nak save,sori.dia kena letak penyepit elektrik tu kt telur bukan melucah ok,kisah benar,dia cakap memang azab gila,kena letrik sampai lembik,pastu di paksa makan roti berkulat untuk bg tenaga balik,pastu kena seksa balik,kena soal jawab bagai,dah tak ada bukti baru dilepaskan.kau kena pukol separuh mati tapi sbenarnya kau tak bersalah,kau ingat boleh bawak kes ke mahkamah?tak boleh!sebab mesir masih menggunakan undang-undang darurat.dan macam-macam lagi kes,nak cerita memang tak habis.
Lagi satu berkaitan visa,kalau kami pelajar Malaysia di Zagazig,agak rumit kalau nak hidupkan visa,kena pergi imegresen,isi borang,dah settle,nanti lepas dua minggu datang sekali lagi ambil cop,lepas tu akan ditetapkan tarikh untuk jumpa ketua polis,jumpa ketua polis dia akan mintak alamat,dan no tepon,kalau dia nak jumpa pagi,terpaksa tinggalkan kelas. setiap tahun melalui proses yang sama,walaupn maklumat kita dia dah ada,tapi Alhamdulilah sekarang dah mudah,hari ni pergi imegresen,hari ni jugak semua urusan settle,tak payah nak berulang alik dah.sekarang kami bebas berusrah,bebas bercerita mengenai Imam Hassan Al Banna,bebas menyebut Ikhwan Muslimin....
Keadaan rakyat mesir selama ini.itu baru keadaan yang kami rasa,bayangkan macam mana gerakan Ikhwan Muslimin sebelum ni,susah payah dorang,terpaksa bergerak underground,kalau kantoi kena tangkap,di seksa dan sebagainya.berapa ramai ulamak di tangkap dan di bunuh masa zaman pemerintahan Jamal Abdul Nasir?kalau nak tahu purata pendapatan rakyat mesir sehari adalah 2usd bersamaan RM6,memang tak di nafikan rakyat dia masih ramai yang miskin tegar,daripada jumlah 85 juta penduduk Mesir,separuh daripadanya Miskin tegar.
kalau korang datang sini,boleh tengok ramai lagi budak-budak dia tak bersekolah,kecik-kecik dah kerja,lagi sedih kadang-kadang kita boleh tengok budak perempuan dalam lingkungan 5tahun,compang camping,mengutip kotak atau botol di tempat-tempat sampah,yang mintak sedekah ramai,situasi yang jarang sangat kita dapat lihat di Malaysia.tu sebab Mesir ni ramai yang mencuri,nasib rakyat dia tak terbela langsung,infrastuktur cukup teruk,kalau masuk kampung-kampung tak payah cakap la,jalan teruk,tak berturap,bangunan teruk,tempat-tempat tumpuan ja yang dibangunkan.
Jadi kita sebagai rakyat Malaysia kena la bersyukur di bawah kepimpinan Dato Sri najib,di dokongi kuat Datin Sri Paduka Rosmah,sebab kita hidup dalam negara yang aman dan damai,tak payah nak demo-demo bagai,menyusahkan orang je,bersyukur la,dari kecik pergi klinik kerajaan,masuk sekolah kerajaan,pergi hospital kerajaan,ambil BR1M RM500,walaupun hakikatnya tu duit korang :P,bersyukur la,penat Kerajaan buat semua tu,kita mesti sokong pemerintahan 1Najib,1Rosmah demi 1Malaysia,sokonglah kerajaan Barisan Nasional selagi nyawa dikandung badan,Oh yeah!jangan derhaka kepada pemimpin. ada Fahaammmm?!*
mata ke atas,tangan cekik leher,
TROLOLOLOLOL.
dibawah ni ada beberapa perkara-perkara menarik yang berlaku baru-baru ini:-
"Menarik dlm akhbar Huriyyah wal Adalah hari ini, mnyaksikan perubahan besar pd kerusi..Kerusi Parlimen ketika ini hnya mampu menampung 338 ahli berbanding bilangan Ahli Parlimen skrg berjumlah 498 org yg memaksa petugas membawa masuk kerusi tambahan dr luar..Tempat duduk ahli Parlimen parti NDP(parti mubarak sebelum ni) sblm ini diduduki oleh FJP(ikhwan), tempat duduk Ikhwan Muslimin sblm ini diambilalih ahli Parlimen dr Parti Nur..Sblm bermula sidang, MP dr Parti Demokratik Mesir mengedarkan selempang kuning tertulis "Tidak kpd Mahkamah Tentera bg Rakyat Awam"..
"Seramai 179 org Ahli Parlimen mendaftarkan diri utk berbahas berkaitan usul kebajikan bg keluarga mereka yg terkorban dan cedera spjg revolusi 25 Januari..Speaker Parlimen Dr Saad Katatni berjanji akan memberikan laluan kpd smua Ahli Parlimen yg ingin berucap ,sekalipun memerlukan 10 kali bersidang lagi kerana ia usul yg penting..Parlimen membentangkan usul bg membentuk Jawatankuasa Siasatan terhadap mereka yg membunuh penunjuk perasaan"
"Parlimen tiba2 sayu apabila seorg Ahli Parlimen Port Said, Dr.Akram Sya'ir (FJP) berucap meminta semua mereka yg terlibat mmbunuh penunjuk perasaan dihukum gantung. Semua anggota bangun memberikan tepukan gemuruh. Speaker,Dr Saad Katatni dilihat mengesat air mata..Anak Dr.Akram, Mus'ab merupakan salah seorg yg cedera dan smpai skrg masih menerima rawatan.."
"Ahli Parlimen wanita dari FJP tidak dpt menahan sebak apabila mendgr kisah anak Dr.Akram Sya'ir yg masih menerima rawatan kesan tembakan polis pd revolusi 25 Januari.."
"Dr.Akram Sya'ir, Ahli Parlimen FJP Port Said: "Saya tak mahu duit dari kerajaan walau satu sen pun, apa yg saya mahu ialah qisos!"
"Ahli Parlimen Parti Nur, Asyraf Thabit dlm ucapan sulung di Parlimen semalam memuji langkah Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) yg tidak membolot kesemua jawatan penting yg boleh dilakukannya kerana FJP mndapat kerusi majoriti di Parlimen..Langkah FJP memberikan jawatan dua Wakil Parlimen kpd Parti Nur dan Wafd dipuji dan membayangkan tuduhan sesetengah pihak bahawa FJP bakal memerintah spt parti Mubarak NDP sebelum ini meleset sama sekali..Ini bakal disaksikan lagi pd hari ini bg pemilihan 19 org Pengerusi Jawatankuasa, jawatan penting dlm Parlimen"
"Di bawah Parlimen Mesir, terdapat 19 buah Jawatankuasa antaranya Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa, Perumahan, Kesihatan, Hal Ehwal Agama, Belia dan Sukan. FJP mahukan 9 Jawatankuasa sahaja manakala 10 baki lagi akan dibahagikan kpd lebih 15 buah parti politik yg diwakili oleh Ahli Parlimen masing2..Dan hari ini, Parlimen dijangka bersidang lagi bagi memilih 19 org Pengerusi kpd Jawatankuasa2 tersebut dan 19 lagi Wakil Jawatankuasa (atau timbalan pengerusi).."ini di namakan negara perpaduan(UG)
"SPR mengumumkan keputusan muktamad Pilihanraya Dewan Rakyat yg mempunyai 498 kerusi. Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) memperoleh 235 kerusi atau 47.2% iaitu 127 org melalui calon SENARAI dan 108 org melalui calon INDIVIDU"
"Keputusan Pilihanraya pusingan ulangan bagi kerusi INDIVIDU Qina antara:-Syeikh Ali As-Syesyni (FJP) UNDI: 111,500 (MENANG)
-Jeneral Khalid Khalfallah (Bebas-Fulul, bekas jeneral Polis Amnu Daulah) UNDI: 78894
*Siapa yg ikuti kempen FJP di Qina ini, pasti xsangka FJP dpt menang. Pelbagai taktik digunakan oleh calon lawan. Pukul, belasah, hakim yg berat sebelah,rasuah, halang pengundi keluar mengundi, kepung pusat mengundi dan ugut petugas2 SPR..akhirnya mereka tewas juga!"di atas ni merupakan status-status dari FB ust Abdul Malik,Ust malik sentiasa mengupdate perkembangan Mesir dari masa ke semasa,korang pun boleh mengikuti terus dari FB beliau
Klik Sini.
Keputusan MUKTAMAD pilihanraya umum mesir 2011:
Ikhwan Muslimin- 232 kerusi,
Salafi- 113 kerusi,
wafdu sekular- 47kerusi,
Kutlah sekular- 39 kerusi,
Fulul atau bks penyokong mubarak- 17 kerusi,
Wasot islami -10 kerusi,
Thaurah mustamirah -8 kerusi,
bebas -14 kerusi
dan 18 kerusi sdg menanti untuk diadakan pilihanraya dlm masa terdekat.
IKHWAN telah mencalonkan Dr Mohd Sa`du Katatni S/U Partinya AL HURRIYAH WAL ADALAH sebagai speaker parlimen Mesir.
Dr Mohd Sa`du Katatni-gambar sebelum dan selepas revolusi 25 Jan.
#penambahan:Tanggal 23 Januari 2011, Dr Mohd Sa`du Katatni
ditangkap dan dihumbankan ke dalam penjara Wadi Natrun bersama rakan-rakannya yang lain kerana membangkitkan isu rasuah di Parlimen Mesir pada ketika itu.
Tetapi benarlah firman Allah (وتلك الأيام نداولها بين الناس), tanggal 23 Januari 2012 yang merupakan hari bersejarah kepada Mesir, Dr Mohd Sa`du Katatni
yang pernah dipenjarakan tersebut diumumkan sebagai Speaker yang ke-46 dalam sejarah negara Mesir.
Moga menjadi pedoman kepada sang penguasa berkuku besi seantero dunia, firman Allah tidak pernah dan tidak akan menipu hamba-Nya. Afala tubsiruun? via Ustaz Ahmad Ulwan Bin Hassim.
ERA BARU MESIR BERMULA SEMALAM,SIDANG PERTAMA PARLIMEN SLPS MUBARAK.DR SA'DU KATATNI DIPILIH SECARA RASMI SPEAKER PARLIMEN DGN MENDAPAT 399 undi drp 508 undi.
Pasaran saham melonjak dengan keuntungan hampir 5 Billion Egyption Pound. - ust Nasrudin Hassan.
***Ikhwan Muslimin sekarang dikenali sebagai Hizbur Hurriyah Wal adalah atau Freedom and Justice Party(FJP).