Thursday, 19 April 2012
Info pendidikan di Palestin
Tahukah anda ?
Pelajar-pelajar Palestin belajar di dalam satu kelas yang padat sehingga 50-60 orang di setiap kelas.
80 % sekolah menjalankan pengajian 2 'shift' - pagi dan petang.
Purata pelajar berjalan kaki 2-3 km ke sekolah dan ramai anak-anak kecil ini yang ke sekolah tanpa bekalan makanan.
Sekolah-sekolah di Gaza biasa menjadi target tembakan Israel, manakala sekolah di Tebing barat perlu melepasi check point tentera Israel.
Sudah menjadi kebiasaan tentera Israel masuk ke universiti dan membunuh mahasiswa yang belajar di dalam nya.
Kos pengajian universiti sangat tinggi kerana kerajaan tidak mampu membiayai kos pengajaran dan pengajian.
Namun, Gaza yang berpenduduk 1.7 juta ini mempunyai lebih 500 orang pemegang ijazah PhD di dalam pelbagai bidang merupakan kadar penduduk yang mempunyai PhD yang tertinggi di dunia,
Bahkan di kalangan ahli Parlimen (PLC), 66 & di kalangan mereka merupakan pemegang ijazah PhD dan pakar di dalam bidang masing-masing. Peratusan tinggi yang tidak dijumpai di mana-mana parlimen di dunia hari ini.
MK-8 AP ke Gaza, 18hb April 2012.
Sumber:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment