contohnya:
apabila seorang wanita murtad meletakkan gambar seksinya dan mencaci agama islam di dinding fb,lalu dia ditegur oleh sekumpulan makhluk pahlawan keyboard A yang alim meow meow lalu ada sekumpulan lagi makhluk pahlawan keyboard B yang membidas:
"islam mengajar kita bersangka baik......"
"sangka baik lah wei....kita tak tau apa masalah dia...."
"sangka baik je,mungkin dia jahil ttg ni...."
"korang ni asyik nak nyibuk tepi kain org je kan???tak boleh ke sangka baik???"
"korang jgn nak sibuk2 la,biar la nak pakai baju ke,tak nak pakai ke,apa msalah korang?berlagak alim knon,kan islam ajar kita sangka baik?"
pale hotak mu "sangka baik" ! ! !
1) islam anjurkan sangka baik
2) tapi islam haramkan redha(tenang) dengan maksiat
3) islam wajibkan kita cegah kemungkaran dengan kuasa,kalau tak mampu dengan lidah/tulisan,kalau tak mampu,paling lemah sekali dengan MEMBENCI dosa tu,bukannya BERSANGKA BAIK.
4) islam ajar kita MEMBENCI DOSA bukan MEMBENCI PELAKU DOSA.
5) islam ajar kita BERSANGKA BAIK dengan ahli maksiat dalam konteks '' MUDAH-MUDAHAN DIA DAPAT PETUNJUK SEBELUM DIA MATI DAN JADI LEBIH BAIK " bukannya BERSANGKA BAIK ATAS DOSA YANG DILAKUKAN KERANA ITU TERMASUK DALAM KATEGORI REDHA KEPADA MAKSIAT.redha kepada maksiat itu haram dan nabi kategorikan golongan ini sebagai langsung tak ada iman.
6)tidak menjaga tepi kain orang dalam konteks KEMUNGKARAN YANG TERBUKA itu tiada dalam islam,islam wajibkan kita jaga tepi,depan,belakang,atas,bawah
7) jangan menyibuk hal orang itu memang wujud dalam islam,tapi bilamana maksiat dilakukan secara public seperti pamerkan gambar seksi seksa seksu,maka itu telah jadi tanggungjawab semua muslim untuk menyibuk hal itu kerana untuk elakkan azab allah secara terbuka,jadi ahli maksiat ditegur bukan sebab kita kemaruk sangat nak sibuk hal dia,tapi kita sibuk sebab kita takut azab datang kerana maksiat secara umum akan menarik azab secara umum.
Oleh :Ibnu Batoota
# seorang syeikh pernah berkata ketika sy menuntut ilmu dengan beliau,sekiranya di satu kampung ada ramai orang soleh,tapi ada segelintir yang melakukan kemungkaran,tetapi tiada teguran dari orang2 soleh tersebut,maka nantilah murka dan bala dari Allah kepada semua penduduk di situ.
kalau soal ibadah kita boleh bersangka baik..kalo soal akidah kita kena lawan..kalau tak boleh lawan cukup skadar membenci,bkn dgn bersangka baik.. :)
nice entry :-)
ReplyDelete